Salam Lebaran 1433 H

Berkemungkinan esok adalah hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa namun keputusannya hanya akan diketahui secara rasmi hari ini selepas kaedah Rukyatul Hilal(melihat anak bulan) dilakukan di pelbagai tempat di Malaysia.Jika sekiranya esok hari yang terakhir bermakna tiada lagi malam bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan tawaran yang begitu lumayan yang dijanjikan ALLAH kepada kita semua iaitu akan diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Sepanjang hampir sebulan ini, adakah kita cukup dimuhasabahkan oleh Ramadhan?


Sepanjang masa ini, sudahkah kita termenung sejenak mengenangkan Ramadhan bakal meninggalkan kita tak sampai 42 jam ini?



Apakah amalan kita sudah cukup rasanya untuk bekal kita di sana sekiranya ditakdirkan kita tak diizinkan Allah SWT untuk bertemu dengan bulan Al-Mubarak ini tahun depan??



Di saat kita girang menyambut raya pada hari ahad (insya-Allah), apakah kita sudah mula kembali kepada tabiat sebelum Ramadhan dan meninggalkan tarbiyah dan amalan kita sepanjang sebulan lalu?



Apakah kita tidak rasai kesedihan Ramadhan akan meninggalkan kita di saat jutaan manusia saudara semuslim kita di seluruh dunia masih dicengkam kebuluran, peperangan dan kemiskinan?



Ramadhan kali ini sudah tentu memberikan pelbagai makna dan kesan kepada diri kita semua.Ada yang bertambah-tambah imannya,atau sama sahaja imannya dengan bulan-bulan sebelum Ramadhan atau yang lebih merugikan bertambah kurang imannya pada bulan yang mulia ini.Marilah kita merenung sejenak satu hadis yang masyhur diriwayatkan oleh al-Imam Bukhori:


“Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya”


Bersyukurlah dengan apa yang ada, kerana kita berhak untuk bergembira, cuma janganlah dilupakan amalan kita yang telah penat dikerjakan sepanjang Ramadhan.



Jadikan bulan yang akan menjelang sebagai azimat untuk kita teruskan amalan baik yang telah kita persembahkan kepada Yang Maha Esa.



Jalan Pulang turut merasa sedih meninggalkan Ramadhan dan belum tentu akan berjumpa tahun depan.



Didoakan Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita, dan kita pasti mendambakan akan kehadirannya tahun depan.

Kesedihan Meninggalkan Ramadhan Diubati Dengan Eidul Fitr..
Selamat jalan Ramadhan Al-Mubarak, selamat datang Syawal...





Kuih Raya Banyak Jenisnya,
Silap ambil perut merana,
Jangan Hanya Bersalam Saja,
Duit dan angpau turutlah serta. 😝😝😝

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
 

Demi Masa



Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
 

Doa adalah senjata



Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) kerana tidak ada perlindungan dan daya kecuali dari ALLAH SWT. Doa adalah ibadah. Doa adalah senjata. Doa adalah benteng. Doa adalah ubat. Doa adalah pintu segala kebaikan.


Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi".
 

Ya Allah..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Alhamdulillah, Maha Suci Allah,Tuhan sekalian Alam, 
'Sesungguhnya Ya Allah Kau lembutkanlah Hatiku ini yang semakin keras dan tidak takut akan Engkau wahai Tuhan, 
Engkau jadikanlah hatiku ini hati yang tunduk dan patuh kepada Mu dan hati yang sejahtera. 
Ya Allah,ampunkanlah hamba-Mu ini. Aku manusia yang lemah,Ya Allah.




Lembutkanlah hatiku untuk memaafkan dan melupakan segala-segalanya masalah. 
Aku tahu,aku sudah melanggar hukum-Mu,Ya Allah. 
Kuatkanlah hati aku untuk menerima segala yang engkau tentukan,ya Allah. Dan aku sentiasa berdoa agar Engkau mengurniakan hidayah kepada diriku dan orang-orang yang aku sayangi. 
Hanya dengan hidayah-Mu saja yang dapat menyelamatkan kami daripada terus bergelumang dengan dosa. 
Makbulkanlah permohonan hamba-Mu ini…Ya Allah'..




InsyaAllah bagi aku sedikit waktu untuk menghadapi semua ini
dan InsyaAllah aku akan cuba untuk melupakan segalanya ..
AAMIN YA RABBAL A'LAMIN