Nabi Yusha’ bin Nun a.s

The Battle of Uhud :The second important war in Islamic history ...
Image credit to : https://zaahara.com/blogs/writers-corner/the-battle-of-uhud-the-second-important-war-in-islamic-history

Nabi Yusha’ bin Nun a.s adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk memimpin Bani Israil memasuki kota Juruselam. Selepas kewafaatan Nabi Musa a.s, ketua Bani Israil bertukar kepada Nabi Yusha’ bin Nun a.s. Selepas 40 Tahun Bani Israil hilang arah tersesat di Padang Sahara disebabkan tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan sekali lagi Allah s.w.t berjanji kepada Bani Israil membenarkan mereka untuk memasuki Baitul Maqdis dan akan memberikan mereka kemenangan keatas orang2 Ilya (Jerusalem) dan akan merahmati mereka ditanah suci itu.

Nabi Yusha’ bin Nun a.s berkata kepada Bani Israil bahawa baginda tidak menginginkan 3 jenis golongan manusia di dalam angkatan tenteranya iaitu jenis golongan dimana hatinya terikat dengan isteri, golongan dimana hatinya terikat harta benda dan golongan dimana hatinya terikat dengan haiwan ternakan (maksudnya seseorang yg membeli kambing atau unta bunting masih lagi menunggu hasilnya). Sebaliknya dia hanya mencari orang betul2 berhati IKHLAS untuk berjuang bersama-sama denganya. bagi menghapuskan musuh-musuh Allah s.w.t .

Bila tiba waktu peperangan, Yusha’ bin Nun as mengetuai generasi baru Bani Israil untuk berperang di jalan Allah s.w.t. Sebagaimana yang kita tahu, Syariat nabi Musa as diharamkan bekerja dan berperang pada Hari Sabtu (Yaum Sabt) kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah swt. Yusha’ bin Nun dengan kaum Bani Israil berperang sepanjang minggu sehingga hari jumaat dan waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut kalendar masyarakat Bani Israel.

Oleh itu, Nabi Yusha’ a.s menunjukkan kearah matahari dan berkata:  ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.” - (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah swt untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah swt. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.
Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”  - (HR Imam Ahmad)

Allah s.w.t memberikan kemenengan kepada Bani Israil serta memuliakan meraka. Sebagai balasan Bani Israil harus bersyukur memohon keampunan kepada Allah s.w.t. dan berkatalah ‘Hittah’ bermaksud ‘Ampunkanlah dosa kami’. Selepas kewafatan Nabi Yusha’ a.s, kaum Bani Israil , mereka bertindak menukar perintah Allah s.w.t iaitu ‘Hittah’ iaitu Ampunikan kami Ya Allah menjadi ‘Hintah’ atau ‘Habbah’ bermaksud biji benih gandum dan mereka mempersendakan perintah Allah s.w.t. Seperti Firman Allah s.w.t didalam Surah al-Baqarah - (2: 59)

Sungguh orang-orang Yahudi itu tidak bisa mensyukuri nikmat, tidak tahu balas budi, dan selalu ingkar janji. ''Oleh sebab itu, Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu siksa dari langit, karena mereka berbuat fasik''. - (QS 2:59).

Menurut Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/277) dan ditunjukkan oleh konteks ayat dapat dikatakan bahawa mereka mengganti perintah Allah SWT yang menganjurkan kepada mereka untuk berendah diri melalui ucapan dan sikap. Mereka diperintahkan memasukinya dengan bersujud, ternyata mereka memasukinya dengan mengesot, iaitu dengan menggeserkan punggung mereka sambil mengangkat kepala. Mereka diperintahkan mengucapkan kalimat hittah, iaitu “hapuskanlah dosa dan kesalahan kami”, tetapi ternyata mereka memperolok-olokkan perintah tersebut dengan menukar perintah tersebut digantikan dengan ucapan, “hintah fi sha‘irah. Perbuatan Yahudi ini sangat keterlaluan dan sangat ingkar perintah Allah SWT. 

Oleh kerana itu, Allah SWT menimpakan kepada mereka pembalasan dan azab yang pedih disebabkan kefasikan mereka yang tidak mahu taat kepada perintah-Nya. Sebagai Balasan Allah menimpakan azab yang kepada kaum Bani israil iaitu wabak penyakit kepada mereka, menyebabkan beribu-ribu orang mati dalam satu hari ini kerana mereka mempersendakan hukum Allah s.w.t .

Terdapat sesetengah dari mereka cuba melarikan diri dari wabak jumlah mereka beribu, Mereka sangat takut mati hingga setiap penduduk berkemas meninggalkan tempat itu. Mereka lari menghindari wabak dengan keyakinan dapat lari pula dari kematian. Puluhan ribu orang Bani Israil itu berpindah ke suatu tempat di dataran rendah yang diyakini selamat dari wabak. Mereka bersuka cita dengan negeri baru serta dengan sombong mereka merasa dapat melawan kematian dan akan hidup dengan usia yang sangat lama.

Lalu Allah s.w.t mengarahkan Malaikat Maut mecabut kesemua Nyawa mereka. Lalu matilah seluruh Bani Israil di negeri tersebut. Tak ada satu pun dari mereka yang tersisa. Waktu berlalu, tak ada yang tahu mengenai negeri tersebut. Mayat-mayat penduduknya terkubur sendirinya. Mereka membusuk dan tersisa belulang saja. Seperti firman Allah didalam Surah al-Baqarah, - (2: 243)

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang ke luar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.  - (QS 2:243)

Kesimpulannya kita dapat melihat sekarang ini, tidak kira didalam negara mahupun luar negara dihujani isu-isu mempersendakan Agama dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Seperti yang kita ketahui kedua-dua azab dan wabak yang ditimpakan kepada kaum Bani Israil atau kepada umat manusia adalah kerana kemurkaan Allah s.w.t dengan tindakan dan kelakuan yang dilakukan oleh Bani Israil dan umat manusia. Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah dan semoga Allah menerima taubat kita.